PANAS: EON mungkin ganti Proton Edar

oleh Mohamad Hanif|
Penstrukturan semula yang dijalankan oleh Proton Holdings Bhd bakal memungkinkan syarikat pengeluar kereta nasinal itu memecahkan operasi penjualan dan pemasangan komponen, menurut satu sumber memberitahu The Edge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, terdapat perancangan untuk menjual sesetengah pengedar di bawah Proton Edar Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Proton kepada Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON), serta beberapa pengedar yang tidak dikehendaki oleh EON kepada pihak yang berminat.

Menurut sumber, sekiranya EON tidak berminat untuk mengambil alih jualan di Sabah dan Sarawak, Proton perlu mencari pihak yang berminat untuk mengambil alih perniagaan tersebut.

Tambahnya lagi, hal ini mampu dilaksanakan dengan mudah ini kerana EON dimiliki sepenuhnya oleh DRB-HICOM Sdn Bhd yang menguasai 50.1 peratus pegangan di dalam Proton.

Manakala selebihnya dipegang oleh Zhejiang Geely Holding Group Ltd.

Sementara itu, DRB-HICOM tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap soalan yang diajukan oleh The Edge berkenaan isu ini.

Difahamkan juga, sumber itu turut mengenalpasti kumpulan yang dilihat mahu untuk mengambil alih beberapa pusat pengedar yang mungkin tidak diminati oeh EON.

 


Sehingga kini, Proton memiliki sehingga 120 buah pusat pameran bertaraf 3S dan 4S di seluruh negara.

Semakan terhadap laman web CTOS mendedahkan bahawa Proton mengalami kerugian selepas cukai bernilai RM159.24 juta dengan pendapatan RM3.85 billion untuk tahun kewangan berakhir Mac 2019.

Manakala untuk tempoh yang sama, Proton mencatatkan kerugian bernilai RM271.52 juta dengan penjualan bernilai RM3.3 billion untuk tarikh kewangan berakhir Mac 2018.

Dalam masa yang sama, Proton Edar turut mengalami kerugian terkumpul berjumlah RM289.92 juta pada hujung Mac 2019, selain aset bernilai RM1.02 billion dan liabiliti RM1.29 billion,

Menurut DRB-Hicom, penjualan model X70 lebih daripada 14,000 unit semenjak pelancaran pada Disember 2018 hanya akan dilihat pada akhir Mac tahun ini.

 


EON ditubuhkan pada tahun 1984 bertujuan untuk mengedarkan kereta-kereta Proton, namun disebabkan masalah pengurusan, Proton menubuhkan Proton Edar dan EON pula dijadikan sebagai pengedar bertaraf premium selain terpaksa menjual kenderaan lain seperti Audi, Volkswagen dan Mitsubishi.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan beberapa laporan, smart #1 versi pantas itu bakal mendapat talaan rasmi daripada Brabus…
Berita Global
Model #1 juga merupakan model pertama smart yang dilancarkan sejak Geely menguasai 50 peratus…
Berita Global
  Selepas pengenalan, pengguna yang berminat boleh menggambarkan bagaimana smart #1 berada di…