PANAS: Dyson henti pembangunan EV serta-merta!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu berita mengejut yang dilaporkan oleh Autocar UK, Dyson mengumumkan pemberhentian projek EV pertama mereka serta-merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada, beliau tidak nampak masa hadapan yang cerah menerusi pembangunan EV pertama dari pengeluar penyedut hampagas itu. 

Jumlah wang yang dilaburkan kini sudah mencecah £2.5 billion (RM12 billion), dan pasukan yang terdiri daripada 500 orang di Hullavington sebenarnya sudah pun berjaya menghasilkan prototaip sebenar EV di fasiliti tersebut. 

Dyson menyifatkan pasukan pembangun telah berjaya menghasilkan prototaip yang sangat menarik, cara pendekatan yang sangat bijak dan kekal dengan falsafah syarikat. 

"Namun, kami telah cuba sedaya upaya di dalam fasa pembangunan, dan tidak menemukan cara yang sesuai untuk dikomersialkan.
 


Tahun lalu, Dyson memilih Singapura sebagai lokasi pemasangan kereta elektrik pertama mereka dan hampir pasti untuk memulakan operasi di atas tapak yang menelan belanja yang sangat besar itu. 

Dyson juga dalam masa yang sama berusaha mencari pembeli berpotensi, namun tidak berjaya. 

Walaupun Dyson baharu sahaja menghentikan pembangunan EV pertama mereka, hasil R&D yang telah dicapai sebelum ini tidak akan disia-siakan begitu sahaja. 

Malah, Dyson turut membuka peluang kepada mana-mana syarikat untuk melabur di dalam arena robotik, teknik pembuatan dan teknologi bateri keadaan pepejal (solid-state battery) yang ditinggalkan oleh divisyen Dyson Automotive itu. 
 


Mengulas dengan lebih lanjut, Dyson berkata, "ini (divisyen automotif) bukanlah satu produk yang gagal, atau kegagalan sebagai sebuah pasukan. Jika dilihat kepada tahap kerumitan projek ini, pencapaian pasukan ini dikira amat besar!"

"Sejak dari awal, kami berani mengambil risiko dan mencabar status quo dengan produk dan teknologi baharu, ia bukanlah satu laluan yang senang, kerna laluan untuk kejayaan tidak pernah lurus.

"Ini bukanlah projek pertama dan bukan jua projek terakhir kami," ujar beliau mengakhiri bicara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh…
Berita Global
Hasrat Dyson untuk menggunakan fasiliti produksi Honda di Swindon, UK untuk pemasangan kereta…