Pameran kenderaan elektrik EVx 2022 di Setia Alam, 23-24 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Satu pameran kenderaan elektrik yang dianjurkan oleh paultan.org, iaitu Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 akan berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) pada 23 dan 24 Julai 2022.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Sebagai sebuah pameran EV pertama yang komprehensif, EVx 2022 akan membariskan pelbagai model kenderaan elektrik dari beberapa jenama automotif seperti contoh BMW, Mercedes-Benz, Tesla dan juga Volvo.

Selain daripada pameran EV, para pengunjung juga berpeluang untuk memandu uji sendiri kenderaan elektrik, serta mendapatkan nasihat dan informasi berhubung dengan penggunaan kenderaan elektrik dalam dunia sebenar menerusi program bual bicara bersama pakar industri dan banyak lagi.
 

EVx


Di acara EVx 2022 juga pengunjung yang berminat untuk mendapatkan sebuah EV boleh terus meletakkan tempahan di mana 70 orang pelanggan pertama akan mendapat barangan eksklusif EVx lengkap dengan baucar V-kool bernilai RM1,000 dan baucar Blueair.

EVx 2022 adalah terbuka kepada semua golongan dan kemasukan adalah percuma.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Informasi
Acara ini menandakan peristiwa penting bagi Tesla kerana syarikat itu meletakkan sasarannya untuk…
Berita Domestik
Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara…
Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…