Senarai pusat pameran yang terpilih boleh dirujuk pada jadual di bawah, dan para pengunjung dinasihatkan supaya membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan.
Selain itu, pengunjung juga tidak dibenarkan untuk membawa masuk apa jua alatan rakaman seperti kamera dan peranti pintar ke dalam ruang melihat khas itu.
Bakal ditawarkan dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV), Honda HR-V 2022 membawakan ukuran sepanjang 4,385 mm, 1,790 mm lebar, tinggi 1,590 dengan jarak antara roda 2,610 mm.
Varian RS pula bakal menampilkan trenkuasa hibrid e:HEV yang dikuasakan oleh sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 131 PS dan 253 Nm, serta tiga pilihan mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.