Pameran bergerak koleksi SEIKO; Grand Seiko dan Credo berlangsung sekarang

oleh SALINA JALIL|
Penggemar jam di tanah air kini disajikan dengan pilihan Grand Seiko dan Credor. Buat pertama kali, Credo diperkenalkan di Malaysia.


Turut dipamerkan adalah jam-jam tangan edisi terhad ikonik di pameran bergerak SEIKO dan Grand Seiko bersempena dengan pembukaan rasmi butik SEIKO oleh AWG Fine Watches di Mid Valley Megamall.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ikukiyo Komatsu, Pakar Pertukangan Moden telah dibawa dari Jepun untuk mempamerkan inovasi pergerakan Grand Seiko yang paling terkenal dalam sejarah pembuatan jam moden Spring Drive 9R65 Caliber.

 

Pengarah Urusan Thong Sia Group, Encik William Hui berkata, "Sebagai pengedar tunggal barangan jam SEIKO di Malaysia, kami sangat bersyukur diberi peluang untuk bergandingan dengan Seiko Watch Corporation dan AWG Fine Watches, dan membawakan barangan jam berkualiti tinggi serta perkhidmatan profesional kepada para pelanggan. Dengan sistem sokongan teguh, kami akan terus berusaha untuk memperkenalkan koleksi barangan jam yang lebih eksklusif di masa hadapan".

 

 

Antara jam tangan koleksi pameran adalah:

 

1. Grand Seiko SBGK005

 

Hanya terdapat 1500 unit sahaja di dunia dan ia adalah sebahagian daripada Koleksi Elegance. Jam ini telah diperkenalkan pada 1960.

Ia telah merevolusikan industri pembuat jam dan diiktiraf akan teknologinya. Jam tangan Grand Seiko SBGK005 yang baharu dilancarkan ini menggunakan pergerakan jejari yang menarik (caliber 9S63) sejak pengenalan terakhirnya pada 2011.

Apa yang menarik adalah apabila dilihat dengan lebih dekat dan lama, ia akan menyimpan tenaga melebihi 72 jam dan akan terbuka tepat pada masanya dan mendedahkan perincian rumit di bahagian dalam. Ia didatangkan dengan warna biru gelap bersama tanda dagang Gunung Iwate.

 

 

2. Grand Seiko SBGC231

 

Ia terhad kepada hanya 500 unit di dunia.

Ia lebih sporty dan menyatukan pergerakan kronograf Spring Drive dengan fungsi GMT. Ia dibina untuk tahan lebih lama.

Corak dail berwarna hijau zaitun adalah hasil acuan yang diukir menggunakan tangan, diinspirasi daripada bulu singa dan memiliki tiga dimensi dan lebih menarik apabila jam bergerak.

 

 

3.  Grand Seiko SBGD201J

 

Ia merupakan koleksi Masterpiece dengan 8-Day Power Reserve.

Terdapat dua model edisi terhad Grand Seiko ini. Jam tangan ini menggunakan Zaratsu yang merupakan sebuah karya seni dan diberikan dail kilauan permata yang menyamai simbol waktu pagi musim sejuk di wilayah Suwa, berhampiran Micro Artist Studio di mana jam ini dibina.

 

 

4. Warna emas ros Grand Seiko SBGD202J dengan dail hitam yang unik

 

Model kedua yang menggabungkan 8-Day Spring Drive Caliber 9R01 adalah jam emas ros tiga jarum SBGD202J. Untuk membezakannya lain dari yang lain, dial bersadur hitam dengan partikel emas kecil yang mewakili angkasa yang bercahaya indah pada waktu malam.

 

5. Credor The Spring Drive Sonnerie GBLQ998J

 

Jam mewah ini yang tertinggi nilainya dari Credor Masterpiece Collection.

Selama 45 tahun, Credor merupakan paparan budaya Jepun yang menggambarkan kepekaan masyarakat Jepun.

Jam ini mampu menyimpan tenaga selama 48 jam dan setiap pergerakannya sendiri mengandungi 600 bahagian tersendiri yang dipasang kemas dengan menggunakan tangan.

 

 

6. Credor The Spring Drive Eichi II di dalam dua varian - GBLT999J (platinum) dan GBLT998J (emas ros)

 

Spring Drive Eichi II didatangkan di dalam dua varian - GBLT999J dan GBLT998J berwarna platinum dan emas ros.

Model ini merupakan versi yang direka semula daripada model pertama Eichi yang dikeluarkan pada 2008.

Diinspirasikan dari landskap bersalji musim sejuk di wilayah pergunungan di mana jam ini dibina, tiga jarum Eichi II memiliki ekspresi visual dengan dial tembikar berwarna putih.

Perbezaan paling ketara antara kedua-dua varian terletak pada penanda dial; dalam versi emas ros, penanda berwarna sangat gelap. Lebih menarik, 12 angkanya dan logo Credor juga dilukis tangan satu demi satu!

 

seiko 999J

 

 

 

 

Naib Presiden Kanan Divisyen Jualan Seiko Watch Corporation, Encik Toru Tsuchiya berkata, "Siri jam mewah ini sentiasa berevolusi, disempurnakan dan berinovasi selaras dengan waktu. Kami teruja dapat mempamerkan inovasi dan teknologi terbaik SEIKO menerusi Grand Seiko dan Credor kepada penggemar jam di Malaysia."

 

Pameran bergerak SEIKO dan Grand Seiko berlangsung sekarang sehingga 11 Ogos di Tingkat Bawah, Centre Court, Mid Valley Megamall. Lima karya agung kedua-dua Grand Seiko (SBGD202J dan SBGD201J) serta Credor (GBLQ998J, GBLT998J dan GBLT999J) boleh ditempah di butik SEIKO dan pengedar sah lain di Malaysia.

 

Untuk senarai pengedar sah, maklumat lanjut mengenai Grand Seiko serta koleksi yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web www.thongsia.com.my, halaman Facebook Grand Seiko Malaysia di www.facebook.com/grandseikomalaysia atau halaman Instagram Grand Seiko Malaysia di www.instagram.com/grandseikomy.  

 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ketiga-tiga jam tersebut dikuasakan oleh pergerakan kuarza solar dengan penawaran spesifikasi yang…
Gaya Hidup
  Sebagai meraikan kelahiran semula koleksi ikonik ini, Junpei Matsue dan Atsushi Shinkai dari…