PAL-V lancar kereta terbang pertama dunia - Liberty Pioneer Edition, 90 unit terhad (RM2.5 juta!)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala menteri Malaysia masih kekal dengan keputusan untuk melaksanakan idea kereta terbang untuk jabatan pertanian, nun jauh di Eropah, kereta terbang produksi pertama di dunia telah pun muncul. 

PAL-V, sebuah syarikat Jerman menggunakan platform Geneva Motor Show untuk memperkenalkan Liberty Pioneer Edition kepada umum.
 


Menurut PAL-V, model Liberty Pioneer Edition merupakan kumpulan pertama kereta terbang sebenar yang bakal menemui para pemiliknya tidak lama lagi. 

Dibina dalam 90 unit terhad sahaja, Pioneer Edition merupakan unit khas buat mereka yang mahu melakar sejarah di dalam revolusi mobiliti - antara kereta pertama yang mampu terbang ke mana sahaja. 

Kereta dengan tiga tayar ini boleh ditransformasikan kepada bentuk terbang dalam masa lima hingga 10 minit, dan mampu terbang dengan dua unit enjin Rotax yang masih tidak diketahui spesifikasinya.
 


Masih menampakkan rekaan tipikal kereta terbang, model Liberty Pioneer Edition ini tampil dengan kemasan unik pada luaran dan dalaman. 

Ini boleh dilihat pada layangan warna dua tona serta panel luaran yang diperbuat daripada gentian karbon menggunakan tenaga tangan. 
 


Manakala ruangan kokpit pula menggunakan bahan aluminium gred penerbangan serta kulit berkualiti tinggi, kawalan penerbangan berkembar, Sistem Instrumen Penerbangan Elektronik (EFIS), serta kemasan trim gentian karbon. 

Harga jualan PAL-V Liberty Pioneer Edition ini bermula dari $599,000 (RM2.5 juta), lebih mahal $200,000 berbanding versi standard yang bakal dihasilkan setelah produksi model pertama ini tamat. 
 


Proses penghantaran kereta terbang Liberty Pioneer Edition ini akan bermula pada 2020.

Nampaknya, Wawasan 2020 menjadi kenyataan..

 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, PAL-V Liberty telah pun menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk beroperasi secara…
Berita Global
  Kereta terbang dua kerusi dan tiga roda ini yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing…
Berita Global
Sebanyak 75 unit kereta terbang pertama di dunia PAL-V Liberty telah berjaya dijual dan penyerahan…