Pakistan eksport kenderaan ke Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar hiasan hasil Kecerdasan Buatan (AI).
Pakistan kini mula mengeksport kenderaan-kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) seraya dasar baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan negara tersebut.

Menurut laporan Asia Nikkei, Polisi Pembangunan Industri Automotif dan Eksport (AIDEP) 2021-2026 itu mewajibkan syarikat kenderaan untuk meningkatkan jumlah eksport produk berkaitan automotif, termasuk kenderaan dan komponen dari sifar peratus dalam tahun 2021 kepada 10 peratus menjelang 2026.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Honda Atlas Company menjadi syarikat pertama mengeksport kenderaan dari Pakistan, dengan 40 unit kenderaan yang dipasang secara CKD untuk dihantar ke Jepun.

Jenama automotif lain yang telah mengeksport kenderaan dari Pakistan ialah Suzuki (jumlah tidak diberitakan) sementara Toyota pula sudah memulakan perbincangan untuk turut mengeksport produk mereka.

Penganalisa industri bagaimanapun melihat ia adalah satu perkembangan yang tidak begitu memberangsangkan. Ada juga yang mempertikaikan eksport Honda dari Pakistan balik ke Jepun - sesuatu yang kelihatan janggal.

Berita penuh di Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari…
Berita Global
Ini bermakna dalam tempoh sehingga penghujung Mei, jumlah jualan adalah sebanyak 174 peratus…
Berita Global
Sama seperti apa yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Proton Saga R3 Limited Edition didatangkan…