Pakej TRD Handling untuk pembeli Toyota 86 2020 (di Amerika)

oleh Mohamad Hanif|
Kereta sports dua pintu, konfigurasi 2+2, enjin empat silinder sebaris dalam susunan peninju (boxer), titik graviti rendah dan harga yang 'mampu milik' merupakan resepi terbaik untuk Toyota GT86/Subaru BRZ.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Tiada sebarang petanda bahawa model popular ini akan menerima pengganti, sebaliknya Toyota menghadirkan sebuah pakej yang istimewa buat mereka yang mahukan GT86 lebih lincah pengendaliannya. 

Untuk para pembeli Toyota GT86 tahun 2020 di Amerika Syarikat, Toyota memberikan opsyen pakej pengendalian dari TRD yang merangkumi peralatan seperti: 

  • sistem brek Brembo dengan cakera berliang
  • penyerap hentak SACHS
  • rim aloi bersaiz 18 inci
  • tayar Michelin Pilot Sport 4 bersaiz 215/40R 18

 


Manakala dari segi peralatan standard, kesemua varian Toyota GT86 2020 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, sistem bunyi dengan lapan pembesar suara, sambungan bebas tangan kepada peranti pintar, dan teknologi kawalan bunyi Clari-Fi. 

Dari segi aspek kuasa, nadi boxer 2.0 liter itu masih lagi menghasilkan 205 kuasa kuda dan 212 Nm daya kilas jika dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Manakala bagi mereka yang malas menekan klac, kuasa yang ditawarkan dihadkan kepada 200 hp dan 205 Nm menerusi transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 

Buat mereka yang tidak mahukan semua itu, anda boleh dapatkan Toyota 86 Hakone Edition yang dilayangkan dengan warna hijau Hakone itu. 
 


Antara ciri yang dilengkapkan termasuklah rim gangsa bersaiz 17 inci, ruang dalaman dua tona, upholsteri dua tona Alcantara serta jahitan warna kontras. 

Mengikut desas desus industri, pengganti Toyota GT86/Subaru BRZ dikatakan bakal menggunapakai pelantar TNGA yang mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang.

Ini bermakna, kemungkinan besar sumber sistem trenkuasa yang bakal menghuni ruang enjin model pengganti ini adalah dari Toyota. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini…