Pakej Sound & Styledari VW - lengkap dengan soundbar Helix dalam but!

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk mereka yang sukakan kualiti audio yang baik, pakej terbaharu dari Volkswagen ini memang bakal menggoda iman.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sekarang ini menawarkan pakej aksesori "Sound & Style" yang bernilai sehingga RM16,000 (bergantung pada model) untuk Volkswagen Golf R-Line. Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibawah ialah apa yang ditawarkan di dalam pakej Sound & Style (bergantung kepada model kenderaan):

 

  • Helix 300W Soundbar
    • Antara produk dari pakar audio hi-fi Jerman, Helix
    • Dipasang di ruang kargo
    • Lengkap dengan amplier 5-channel yang terbina sekali dengan Sound Processing Unit dan sebuah subwoofer.
    • Soundbar ini adalah tambahan kepada sistem audio standard kereta itu dan telah dikaliberasi dengan 8 pembesar suara sedia ada.
    • Setiap model mempunyai kaliberasi tersendiri, bermakna unit yang terpasang di dalam Tiguan contohnya mempunyai "tuning" yang berbeza dari yang terpasang di dalam Passat.
  • Pedal sports aluminium yang diluluskan Volkswagen
  • Plet pemijak kaki sisi pintu (door side sill) dari aluminium
  • Filem cermin gelap dari Volkswagen

 

 

Di bawah ialah pilihan model-model Volkswagen dengan pakej aksesori Sound & Style


Passat Comfortline Sound & Style (RM188,690)

  • Enjin 1.8 TSI (180 PS dan 250 Nm) DSG
  • Warna hitam, putih dan silver
  • Helix 300W Soundbar
  • Pedal sports aluminium
  • Roda aloi Dartford 18-inci
  • VW Tint
  • Nilai aksesori yang diberikan ialah RM12,000.


Passat Highline Sound & Style (RM211,390)

  • Enjin 2.0 TSI (220 PS dan 350 Nm) 6-speed DGS
  • Warna hitam, kelabu, putih dan silver
  • Helix 300W Soundbar
  • Pedal sports aluminium
  • Pemijak kaki sisi pintu aluminium
  • Roda aloi Verona 19-inci
  • VW Tint
  • Nilai aksesori yang diberikan ialah RM16,000.

 

tiguan at lembah temir

 

Tiguan Highline Sound & Style (RM174,990)

  • Enjin 1.4 TSI Turbo Direct Injection DSG 6-kelajuan (150 PS dan 250 Nm)
  • 0-100 kmsj dalam 8.9 saat
  • Warna biru, hitam, putih, kelabu dan silver
  • Helix 300W Soundbar
  • Kemasan krom pada pintu but
  • Hujung ekzos berkrom
  • Spoiler belakang berwarna hitam
  • VW Tint
  • Nilai aksesori yang diberikan ialah RM9,000.

 

Golf R-Line Sound & Style (RM177,390)

  • Enjin 1.4 TSI Turbo dengan DSG 7-kelajuan (150 PS dan 250 Nm)
  • Warna biru, hitam, kelabu, putih, silver, kuning
  • Helix 300W Soundbar
  • VW Tint
  • Nilai aksesori yang diberikan ialah RM9,000.

 

 

Semua kenderaan Volkswagen diberikan pakej tiga tahun servis percuma, waranti tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan (road side assistance) untuk lima tahun.

Untuk anda yang mahu melihat sendiri model-model VW dengan Helix Soundbar ini, segera ke IOI City Mall di Putrajaya untuk acara Volkswagen Tour.

Berlangsung sejak semalam dan berkahir pada 20 Mei nanti, mana-mana pelanggan yang menempah VW mereka di situ akan menerima rebat tambahan sebanyak RM500, kad petrol bernilai RM1,000 dan penjimatan terbaik untuk model-model terpilih.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…