Pakej ‘Servis Minyak Enjin BMW’ kini boleh didapati di Lazada

oleh SALINA JALIL|
Pengedar-pengedar BMW yang bertauliah kini menawarkan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi platform e-dagang, Lazada untuk memberi pengguna kemudahan akses kepada Servis dan Minyak Enjin BMW Original (Original BMW Engine Oil and Service) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempermudahkan pengalaman pemilikan premium BMW.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Dalam usaha kami untuk meningkatkan taraf pengalaman pemilikan BMW, kami berasa teruja untuk menjalin kerjasama dengan platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia untuk membolehkan Servis dan Minyak Enjin BMW Original lebih mudah untuk didapati oleh para pemilik BMW. Ia merupakan sebuah penawaran selepas jualan (after-sales) yang pertama oleh wakil-wakil pengedar bertauliah BMW menerusi platform e-dagang yang membolehkan pemilik BMW menikmati pengalaman pemilikan yang sempurna di mana-mana sahaja mereka berada dengan kemudahan internet.”

 

bmw 2

 

Stefan Sloboda, Ketua Unit Selepas Jualan BMW Malaysia berkata bahawa, “Dengan penglibatan pelbagai pengedar, kami dapat menjamin prestasi, efisiensi dan perlindungan yang optimal bagi enjin kenderaan para pelanggan kami, dan pada masa yang sama, menyampaikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya menerusi perkhidmatan penyelenggaraan BMW yang berkualiti tinggi.”

 

Pakej-Pakej Servis Minyak Enjin BMW ditawarkan bermula daripada RM450 dan ke atas bagi model-model yang tertentu dalam kelompok kenderaan BMW 3 Series (E46 dan E90) dan BMW 5 Series (E90). 

 

Pakej-pakej tersebut merangkumi Minyak Enjin BMW Original, Penapis Minyak BMW serta servis yang berkenaan.

 

Untuk pengalaman pemilikan yang sempurna, pemilik boleh menggunakan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi tiga langkah yang mudah:

 1)  Beli Servis Penukaran Minyak BMW melalui mana-mana pengedar yang terlibat di Lazada.


 2)  Pengedar bertauliah BMW yang berkenaan akan menghubungi pemilik dalam masa satu hari                    perniagaan untuk  menjadualkan sesi janji temu.


 3)  Bawa kenderaan anda pada hari yang dijadualkan untuk Servis Penukaran Minyak BMW.

 

Pakej-pakej tersebut sah menerusi rangkaian wakil pengedar bertauliah BMW yang terlibat dalam penawaran ini, dan ia merangkumi:


 
1) Auto Bavaria Glenmarie


2) Auto Bavaria Johor Bahru


3) Auto Bavaria Kuala Lumpur


4) Auto Bavaria Penang


5) Auto Bavaria Sungai Besi


6) Ingress Auto Damansara


7) Lee Motors Auto Care: Alor Setar 


8) Seong Hoe Premium Motors Melaka

 
9) Tian Siang Premium Auto: Butterworth


10) Tian Siang Premium Auto: Ipoh  


11) Wearnes Autohaus Tebrau
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…