Pakej aksesori Mugen untuk Civic Hatchback

oleh Mohamad Hanif|
Aksesori Mugen merupakan antara yang wajib dinanti-nantikan oleh para peminat Honda, terutama bagi model seperti Civic sedan, Civic hatchback serta Civic Type R.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Untuk generasi baharu Civic Hatchback, Mugen telah melancarkan pakej aksesori yang menarik perhatian sekaligus menjadikan penampilan kereta tersebut lebih agresif.

Antara yang ditawarkan adalah lip spoiler (bermula dari 67,000 yen atau (RM2,539) yang boleh didapati dalam warna hitam berkilat, atau Sonic Gray Pearl dan Premium Crystal Blue Metallic bermula Disember ini.
 

CIVIC


Selain daripada itu, terdapat juga pemasangan skirt sisi tambahan (bermula dari 88,000 yen atau RM3,322), spoiler bawah belakang (dari 80,000 yen atau RM3,020), spoiler tailgate (94,000 yen atau RM3,549).

Mugen juga turut menawarkan kemasan kecil yang boleh dipadankan pada Civic Hatchback, seperti contoh decal gril hadapan ala-ala gentian karbon, decal perak pada bahagian bawah lampu dpean, decal bampar, serta pelindung cermin sisi berwarna hitam.

Keempat-empat sudut boleh dipasangkan dengan rim kustom bersaiz 18 inci, lengkap dengan lug nut baharu.
 

CIVIC


Tidak ketinggalan, komponen berprestasi tinggi yang dibangunkan khusus untuk Civic seperti sistem ekzos, penutup radiator bertekanan tinggi, penapis minyak, pelapik brek Type S, naik taraf rotor brek, dan saluran brek jenis braided.

Untuk ruang kabin, pemilik Civic Hatchback di Jepun boleh menempah set alas kaki berwarna hitam atau merah, serta pemasangan scuff plate.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berita baik, Tesla Malaysia kini secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai dalam talian yang menjual…
Berita Global
Selain berpotensi untuk meredah laluan-laluan off-road, Suzuki Jimny juga sebenarnya boleh…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice…