Pakatan Volkswagen-Ford bakal diumumkan di Detroit Auto Show?

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, Volkswagen dan Ford berkemungkinan besar akan mengumumkan kerjasama jangka panjang di dalam membangunkan kenderaan komersil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan tersebut antara lain memetik kenyataan yang menyebut "sebuah kerjasama global" akan diumumkan pada tarikh jangkaan 15 Januari ini. 

Namun begitu, butiran lanjut berkenaan kerjasama di dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan kereta swapandu masih lagi di dalam perbincangan. 

Manakala sumber kedua pula menyebut hasil perbincangan antara kedua pihak berjalan dengan lancar. 
 


Sebelum ini, VW ingin membuat pelaburan di dalam divisyen pembangunan kenderaan swapandu, manakala Ford pula mahu menggunapakai platform MEB EV yang dipunyai oleh Volkswagen untuk pembangunan model baharu selain daripada kenderaan komersil ringan. 

Kerjasama itu dilihat mampu memberikan situasi menang-menang di antara kedua belah pihak, memandangkan VW mahu menjimatkan kos dengan menggunakan kapasiti pengeluaran Ford di Amerika yang dilihat tidak sibuk buat masa kini. 

Walau apapun, butiran lanjut berkenaan pakatan yang diumumkan oleh Volkswagen dan Ford ini hanya akan diketahui dengan lebih lanjut pada acara Detroit Auto Show minggu hadapan - Reuters.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…