Pakatan Nissan Renault Mitsubishi tubuh lembaga pengarah baharu, terus kukuh hubungan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bekerjasama dengan sebuah organisasi berbeza budaya dan benua bukan tugas yang mudah. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan dan sudah banyak kerjasama begini berjaya dilaksanakan.

Industri automotif tidak terkecuali dan di dalamnya banyak perkara boleh dipelajari.

Tidak boleh dinafikan juga, konflik akan timbul dan cara untuk hadap ialah dengan terus berurusan dengannya.

Ini contoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Nissan Renault Mitsubishi.

Jean-Dominique Senard, Pengerusi Renault, Hiroto Saikawa, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan (CEO), Thierry Bolloré, Ketua Pegawai Eksekutif Renault dan Osamu Masuko, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors telah mengumumkan hasrat mereka untuk menubuhkan satu lembaga pengarah operasi baharu untuk Pakatan (Alliance).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Alliance

Jean-Dominique Senard akan menjadi Pengerusi manakala CEO Nissan, Renault, dan Mitsubishi pula menjadi ahli dalam lembaga pengarah operasi baharu Pakatan ini.

Tugas lembaga pengarah ialah untuk memandu kerjasama operasi di antara Nissan, Renault dan Mitsubishi Motors dan mencari kaedah baharu dalam menghasilkan nilai untuk pemegang taruh dan para pekerja.

Lembaga pengarah baharu ini akan menjadi satu-satunya badan yang memantau operasi dan tadbir urus Pakatan dan gantian kepada Renault-Nissan B.V dan Nissan-Mitsubishi B.V.

Keputusan terbaru ini juga adalah sebagai penggerak dan wajah utama permulaan baharu untuk Pakatan.

 

Jean-Dominique Senard, Chairman of Renault, Hiroto Saikawa, CEO of Nissan, Thierry Bolloré, CEO of Renault and Osamu Masuko, CEO of Mitsubishi Motors

 

Satu lagi perkara menarik ialah, lembaga pengarah baharu akan menggunakan kaedah konsensus yang bermakna persetujuan dibuat bersama dengan pendekatan menang-menang.

Menarik tentang Pakatan ialah di antara ketiga-tiga jenama, Nissan menyumbangkan jualan paling banyak dan dari segi pegangan saham pula, Renault menguasai Nissan.

Kaedah konsesus dan menang-menang menunjukkan bahawa Pakatan mahu bergerak dalam keadaan harmoni berbanding satu pihak menguasai dan membuat keputusan untuk pihak lain.

Bagi merealisasikan hubungan ini, lembaga pengarah berhasrat untuk bertemu setiap bulan sama ada di Paris atau Tokyo dan akan sentiasa memaklumkan kepada pemegang taruh tentang insiatif dan hasil daripada nilai utama yang dipegang.

 

Renault Mégane GT dCi 165 Auto EDC

 

Hubungan di antara dua benua ini sangat bernilai tinggi dan mahal harganya.

Menjelang ulang tahun ke-20 Pakatan, ahli lembaga pengarah Nissan, Renault dan Mitsubishi Motors mahu menghargai sumbangan hebat Pakatan ke atas prestasi ketiga-tiga syarikat dan rakan mereka.

Penubuhan lembaga pengarah baharu dibuat bagi membantu Nissan, Renault dan Mitsubishi Motors membentuk apa yang boleh dicapai melalui kerjasama iaitu organisasi ulung di dalam industri automotif global yang berubah dengan pantas dan begitu kompetitif.

Melalui komitmen dan kesetiaan kakitangan Nissan, Renault dan Mitsubishi Motors serta kerjasama baik dengan Daimler lembaga pengarah Pakatan akan terus memberikan solusi menang-menang untuk kesemua pihak yang terlibat.

 

Nissan Micra

 

Apa yang boleh dipelajari dalam perkara ini ialah konfrontrasi dan perselisihan pendapat memang mudah terjadi di dalam konflik atau keadaan getir.

Namun itu tidak sepatutnya menjadi punca untuk merobohkan kejayaan selama ini.

Penting juga untuk sebuah organisasi majoriti atau besar mendengar kepada pihak satu lagi tidak kira berapa saiz rakan mereka.

Kerana semua pihak membawa nilai masing-masing yang merupakan resipi kepada kejayaan.

Ini adalah satu perkara positif untuk diteladani oleh mereka yang mempunyai jalinan kerjasama berbeza budaya dan cara kerja.

 

Mitsubishi Xpander

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin