Pakar saran guna pengangkutan awam elak peningkatan kadar kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Pakar keselamatan jalan raya berpendapat pertambahan jumlah kenderaan persendirian boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya jika dibandingkan dengan pengangkutan awam, laman Bernama melaporkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata, pengangkutan awam seperti bas dan tren merupakan pengangkutan paling selamat dan mencatatkan kadar kemalangan terendah.

"Pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan 545,630 kemalangan atau satu kemalangan setiap minit serta 6,067 mangsa maut dalam kemalangan jalan raya atau satu kemalangan jalan raya atau kematian setiap 90 minit.

"Angka ini lebih tinggi daripada sebelum COVID-19 melanda, situasi ini membimbangkan dan harus dilihat sebagai 'trafik pandemik',” katanya pada program Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke-7 dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad.  
 

lrt


Justeru itu, katanya, beliau berharap semua pihak termasuk kerajaan dan penyedia perkhidmatan dapat sentiasa mempertingkatkan infrustruktur dan fasiliti, termasuk laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal yang akan menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Pembangunan Lestari Kumpulan Prasarana Idzqandar Abu Bakar berharap inisiatif seperti penyediaan pas perjalanan My50 dan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mewujudkan laluan khas bas, bagi menambah baik kebolehpercayaan perkhidmatan, dapat menarik minat lebih ramai menggunakan pengangkutan awam.

Program Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijalankan setiap dua tahun bertujuan memberi kesedaran tentang kaedah mengatasi kemalangan jalan raya yang tinggi di peringkat global selain menggalakkan pihak berkaitan melihat semula kaedah pergerakan (mobiliti) lebih selamat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tinjauan Bernama di beberapa kediaman strata dan PPR di Sentul, Setapak, Bandar Sri Permaisuri…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…
Berita Domestik
  Tambang baharu untuk perjalanan Labuan-Menumbok-Labuan bagi kenderaan persendirian (jenis sedan…