Pakar dari Amerika Syarikat dakwa temui lokasi nahas MH370

oleh SALINA JALIL|
Pakar penerbangan mendakwa mereka akhirnya telah mengenal pasti lokasi nahas pesawat MH370 yang bakal memberi harapan baharu kira-kira enam tahun selepas ia hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014.

DailyMail melaporkan jurutera, Victor Ianello bersama pasukannya yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu percaya pesawat Boeing 777 terjunam ke dalam Lautan Hindi berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875 yang terletak kira-kira 2,070 kilometer di luar pantai Perth di Australia Barat.
 

Menurutnya, terdapat kemungkinan besar bangkai pesawat terbabit berada dalam lingkungan 185.2 kilometer daripada koordinat tersebut.

 

Ianello yang turut membantu pegawai Australia melakukan operasi carian MH370 juga percaya pesawat terbabit terbang sejauh 4,340 kilometer melepasi Indonesia sebelum nahas itu berlaku.

 

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey mendakwa operasi carian dilakukan di lokasi yang salah dan mereka sepatutnya memfokuskan kawasan selatan Lautan Hindi.

 

Jelasnya, kawasan carian dilakukan pada lingkungan 30 kilometer dari lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut dipercayai berada.

 

"Jika jangkaan saya salah, pesawat itu mungkin dirampas oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Saya sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana saya tahu di mana ia berada," katanya.

 

Usaha carian besar-besaran selama empat tahun disertai pasukan antarabangsa meliputi kawasan seluas lebih 120,000 meter persegi dan menelan kos AS$200 juta (RM831 juta) masih gagal untuk menemui bangkai pesawat tersebut atau merungkai misteri di sebalik kehilangannya.

 

Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi dan teori konspirasi tidak masuk akal tentang insiden itu termasuk MH370 didakwa dirampas Rusia dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan dan digunakan pengganas untuk serangan bunuh diri menyasarkan kapal milik China. -Agensi
 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kataya, usahanya itu dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.   “Saya…