Pakar beri amaran EV mampu runtuhkan struktur parkir bertingkat

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Business Insider
Peningkatan angka pemilikan kenderaan elektrik kini menimbulkan kebimbangan terbaharu di kalangan sesetengah pakar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana mereka mendakwa kenderaan elektrik yang rata-ratanya lebih berat jika dibandingkan dengan kereta konvensional mampu menyebabkan struktur parkir bertingkat di UK runtuh.

Memetik laporan The Telegraph, seorang konsultan dan jurutera struktur Chris Whapples berkata penyelenggaraan perlu dibuat terhadap infrastruktur parkir yang sudah berusia.

"Saya tidak mahu menjadi seorang yang terlalu cemas, akan tetapi terdapat kebarangkalian sesetengah bangunan parkir untuk roboh disebabkan oleh EV.

Seorang pengurus teknikal kanan di firma pembekalan Sika, Steve Holmes memberitahu The Telegraph terdapat banyak tempat letak kereta di UK mempunyai kelemahan struktur disebabkan kurang penyelenggaraan umum.

Disebabkan oleh pek bateri yang agak berat, ia memberikan kesan kepada berat keseluruhan sesebuah EV jika dibandingkan dengan kereta ICE standard.

Sebagai contoh, sebuah SUV elektrik EQC memiliki berat melebihi 2 tan, atau 2,175 kg berbanding GLC-Class standard yang hanya seberat 1,735 kg sahaja.

Sumber: Business Insider