Pakar analisis berpendapat saham Tesla 'terlalu mahal'

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran saham Tesla telah meningkat untuk tempoh 12 bulan kebelakangan ini dan menurut pendapat seorang penganalisis, ia disifatkan sebagai 'terlalu mahal' (overprice).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2020, saham syarikat pengeluar kenderaan elektrik tersebut telah meningkat 650 peratus yang didorong oleh perkara seperti keuntungan kecil, pecahan saham dan kemasukan Tesla ke dalam senarai S&P 500.

Sehingga Selasa lalu, saham Tesla telah diniagakan pada nilai $640, memberikan nilai pasaran melebihi $600 billion dan ia jauh lebih tinggi berbanding nilai sembilan syarikat automotif digabungkan.

Menurut ketua unit penyelidikan Research Affiliates Vitali Kalesnik dalam temubual bersama CNBC menjelaskan, "walaupun Tesla merupakan sebuah syarikat yang hebat, saham Tesla banyak menunjukkan petanda bahawa ia sebenarnya terlalu mahal.

Kalesnik turut menyebut potensi pembangunan kereta elektrik oleh Apple yang bakal dilancarkan pada tahun 2024, dan berita ini sedikit sebanyak membantu meredakan tahap optimis terhadap pegangan Tesla, selain meningkatkan harga saham Apple.

Tambah beliau lagi, "Tesla sememangnya mempunyai kelebihan di dalam pasaran EV dan diakui oleh kebanyakan pesaingnya.

"Pun begitu, kebanyakan pesaingnya mempunyai sumber dan perancangan berbilion dollar yang lebih agresif bagi membantu mereka menembusi pasaran, seperti Volkswagen.

"Toyota juga mempunyai perancangan yang serius dan baru-baru ini hadir dengan teknologi bateri jenis solid-state yang lebih maju dan ia seharusnya mampu untuk merevolusikan industri EV.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Oleh itu, UMW telah menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby," kata syarikat itu dalam…
Berita Global
Kesemua hasil jualan itu dikatakan adalah untuk membantu perkembangan perniagaan di dalam kumpulan…
Berita Global
Dengan pelaburan tersebut, kumpulan automotif Geely kini menjadi pemegang saham ketiga terbesar…