'Pakai helmet, atau tidak dibenarkan mengisi bahan api'

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu arahan yang dikeluarkan oleh Lahore High Court (LHC) pada Khamis lalu mengarahkan para pengusaha stesen minyak supaya tidak membenarkan mana-mana penunggang motosikal mengisi bahan api tanpa memakai helmet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan boleh dikenakan tindakan menutup stesen minyak sekiranya mereka membenarkan perlakuan tersebut. 

Tindakan larangan terbaharu ini juga turut dikenakan di beberapa buah bandar seperti di Karachi, Rawalpindi, Lower Dir dan juga di Quetta, Pakistan. 

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan para penunggang motosikal, LHC sebelum ini mengarahkan para penjual motosikal supaya membekalkan helmet percuma bersama motosikal baharu.

Sekiranya sabit kesalahan penjualan tanpa sebarang helmet, motosikal tersebut akan diharamkan penjualannya di atas jalan. 

Di Malaysia, sesiapa sahaja dibenarkan mengisi bahan api untuk motosikal, bahkan tiada sebarang larangan dikenakan bagi penunggang bawah umur asalkan mereka dilihat pandai mengendalikan motosikal. 

Bayangkan sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan di Malaysia...

 

Gambar utama: Astro Awani.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…