Pak Belang 130kg dilanggar di LPT

oleh Firdaus Razani|
Seekor harimau belang mati dilanggar kenderaan di kilometer 50.8 arah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuala Lumpur dekat Lentang, semalam.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang mengesahkan tentang kejadian tersebut

Pengarah PERHILITAN Pahang Rozidan Md Yasin, haiwan jantan terbabit dianggarkan berusia empat tahun seberat 130 kilogram.

Katanya, siasatan awal mendapati harimau belang itu dari Hutan Bukit Tinggi, Bentong.

"Bangkai haiwan sudah diambil oleh PERHILITAN pada awal pagi ini untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

bh

 

Berdasarkan beberapa video yang tular, harimau belang jantan itu mati dan terbaring di atas jalan selepas dilanggar sebuah kenderaan.

Akibat kemalangan itu, bahagian hadapan kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk.

 

bh

 

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan kejadian harimau dilanggar kenderaan itu adalah yang ketiga dalam tempoh enam bulan bermula November 2023 hingga semalam.

 

 

Pada 21 Mac lalu, seekor harimau ditemui mati dilanggar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) laluan antara Trong - Beruas, Perak manakala pada 9 November tahun lalu, harimau belang turut jadi mangsa langgar sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

SUMBER : BH Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…