Pajero Sport AT35 dengan keupayaan off-road dinaiktaraf

oleh Mohamad Hanif|
Modifikasi Arctic Trucks tidaklah tertakluk kepada trak pikap semata-mata, pemilik SUV seperti Pajero Sport juga boleh mendapatkan hasil kerja berorientasikan off-road dari Arctic Trucks.

Untuk pasaran Russia, Pajero Sport AT35 kini sudah boleh ditempah dengan keupayaan off-road yang telah ditambah baik dan mampu menjadikan penampilan di atas jalan raya yang lebih gagah.
 

AT35


Perubahan yang paling ketara adalah pemasangan rim baharu bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar besar gedabak 315/70 R17, diikuti dengan penambahan pada fender bagi mengimbangi tayar yang lebar itu.

Selain itu, sistem suspensi telah dinaiktaraf kepada versi tugas berat dan menyumbang kepada jarak kelegaan tanah setinggi 270 mm, sudut mendatang 34.5 darjah serta sudut pelepasan 28.8 darjah.
 

AT35


Tiada sebarang perubahan trenkuasa dibuat ke atas Pajero Sport ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  AS dan sekutunya mengenakan sekatan secara meluas ke atas Moscow susulan serangan dibuat…
Berita Global
"Sejak Mei 2018 kami beranggapan bahawa Persekutuan Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang…
Berita Global
Salah satu daripadanya merupakan Avtovaz, pengeluar automotif Russia terbesar yang turut memasang…