Pajero jatuh gaung di Rawang Bypass, 6 orang cedera

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto NSTP/Ihsan bomba
7 individu termasuk 5 kanak-kanak terselamat setelah Mitsubishi Pajero Sport yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.58 petang.

Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Foto NSTP/Ihsan bomba
Foto NSTP/Ihsan bomba

 

Morni Mamat berkata, "Menurut laporan awal, kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport terjatuh ke dalam gaung."

"Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (enam, lapan dan 12 tahun)".

Beliau turut berkata bahawa tiga kanak-kanak perempuan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bertugas tiba, seorang wanita berusia 30-an juga dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

 

Sumber: Berita Harian