Pajero Evo - hero yang tidak dilupakan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pajero adalah salah satu nama paling kukuh untuk jenama Mitsubishi.

Nama Pajero sebenarnya berasal dari nama seekor kucing liar dari Amerika Selatan (Leopardus Pajeros) dan SUV ini juga dikenali sebagai Montero di Sepanyol dan US atau Shogun di UK.

Generasi pertama Pajero (L040) muncul dalam tahun 1982 dan ia masih wujud di banyak negara, termasuk Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun Mitsubishi telah mengumumkan Pajero sudah ditamatkan riwayatnya secara rasmi pada bulan hadapan, legenda Pajero tetap kukuh, terutama untuk model istimewa ini, Pajero Evo.

 

 

Mitsubishi Pajero Evolution atau PajEvo dilancarkan dalam tahun 1997 selama dua tahun untuk membolehkan Mitsubishi menggunakannya di dalam siri perlumbaan Dakar Rally kelas kenderaan produksi T2.

Pajero Evo menerima sistem gantungan dan sistem differential Torsen yang berbeza dari Pajero biasa.

Selain dari itu, enjin petrol 3.5L V6 Cyclone 6G74 DOHC MIVEC ECI 24 injap itu menghasilkan 280 PS dan 348 Nm. 

 

 

Transmisi 5-kelajuan INVECS II automatik lengkap dengan Sports Mode ialah pilihan popular tetapi dikatakan tidak berapa lancar untuk pemanduan bandar. Namun begitu, ia cukup sempurna dalam mod manual semasa kelajuan tinggi. 

Ia memerlukan 7.6 saat untuk melakukan pecutan 0-100 kmsj dan halaju maksimum ialah 197 kmsj, cukup laju untuk sebuah SUV yang mampu melompat tinggi dan berjalan laju di atas padang pasir.

Kerana itu, Pajero Evo bukan sahaja memenangi Dakar Rally 1998 di dalam kategorinya, ia menjadi juara keseluruhan serta menumpaskan kenderaan kelas T3 yang jauh lebih laju.

Bayangkan perlumbaan sejauh 10,000 kilometer dalam 18 hari menyusuri pelbagai jenis rintangan dan permukaan, dan Pajero Evo menghabiskannya lima jam lebih pantas dari pesaing terdekat!

 

 

Malaysia mempunyai beberapa unit Pajero Evo dan satu unit ada untuk dijual di Kuala Lumpur.

Iklan di dalam Mudah itu meletakkan harga RM178,888 untuk unit berwarna putih tahun 1997 dengan jarak perbatuan di bawah 85,000 km.

Untuk yang berminat, anda boleh hubungi Ivan (012-261 3322) tetapi perlu diingatkan, Pajero Evo ini sudah berusia 22 tahun dan anda perlu membayar tunai atau membuat pinjaman peribadi untuk membelinya!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, fasiliti Pajero Manufacturing Co. Ltd yang…
Berita Global
Antara yang mencuri tumpuan adalah model pertama yang didaftarkan oleh Mitsubishi di United Kingdom…
Model Terbaharu
Seperti yang diketahui sebelum ini, Outlander baharu ini menggunakan platform daripada Nissan Rogue…