Pahang negeri pertama miliki dua bot amfibia bernilai RM1.8 juta untuk bantu mangsa banjir

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Pahang Media
Kerajaan Pahang kini memiliki dua bot amfibia bernilai RM1.8 juta untuk kegunaan membantu mangsa banjir sekiranya bencana itu berlaku di negeri berkenaan.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui perolehan aset tersebut, Pahang menjadi negeri pertama memiliki bot jenis itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, pembelian bot amfibia tersebut antara perancangan di bawah peruntukan RM47 juta yang diperuntukkan tahun lalu bagi menghadapi bencana banjir di Pahang.

 

“Untuk makluman, Pahang adalah negeri pertama yang membeli bot jenis amfibia dan tujuannya, bila menghadapi musim banjir kita mempunyai kekuatan peralatan untuk membantu mangsa yang terjejas,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bot Amfibia dan Handbook Pengurusan Banjir Pahang di pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini pada Rabu.

 

Wan Rosdy berkata, bot amfibia berkenaan akan diuruskan APM Pahang yang telah menerima latihan lengkap bagi mengendalikan bot dilengkapi teknologi terkini itu.

 

Wan Rosdy juga telah mengadakan mesyuarat pembangunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai bagi membincangkan penyelesaian untuk mengatasi banjir kilat di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti.

 

Jelasnya, kerajaan negeri akan melakukan usaha berterusan bagi meminimakan kejadian banjir selain mengurangkan risiko kerugian akibat bencana itu di seluruh Pahang.

 

 

PahangMedia