Pagani Zonda 760 LH yang pernah dimiliki Lewis Hamilton remuk dalam kemalangan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah supercar yang pernah dimiliki oleh bintang F1 Lewis Hamilton, Pagani Zonda 760 LH dilaporkan remuk akibat kemalangan di Wales, UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di mana pemandu dilaporkan selamat tanpa kecedaraan parah.

 

3

 

Menurut sumber, pemandu Pagani Zonda 760 LH itu terlampau ghairah dengan anjakan pedal yang menyalurkan 760 HP dari nadi V12 NA itu hingga hilang kawalan di dalam terowong tersebut.

Akibat dari kemalangan itu, Zonda istimewa itu dillihat mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan terutama pada panel badan dan cermin hadapan, serta gandar belakang yang patah.

 

2

 

Pagani Zonda 760 LH yang merupakan model one-off itu pada asalnya dibeli oleh Lewis Hamilton pada tahun 2014, di mana ia datang dengan beberapa ciri tambahan khas mengikut permintaan Hamilton.

Antara yang istimewa ialah nadi V12 NA itu dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan, menjadikannya Zonda pertama dengan transmisi manual.

 

4

 

Pada tahun 2015 juga, Hamilton telah terlibat dengan kemalangan kecil ketika memandu supercar tersebut, selepas tujuh tahun ia kemudiannya telah dijual kepada pembeli di UK pada akhir tahun 2021.

Amat menarik untuk dilihat apakah nasib yang bakal diterima Zonda one-off tersebut, apa yang pasti kerosakan yang dialami pastinya berbaloi untuk dibaiki dengan status asal supercar itu.