Pagani Huayra Codalunga - varian longtail inspirasi jentera Le Mans 60-an, terhad lima unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang banyak duit dan tidak tahu ke mana harus dibelanjakan dunit sebanyak itu, mungkin boleh mencontohi apa yang dibuat oleh dua orang pelanggan setia Pagani.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memperkenalkan, Huayra Codalunga.

Model edisi terhad (dan mahal) ini sebenarnya diinspirasikan daripada jentera lumba Le Mans era 1960-an, di mana dua orang pelanggan setia Pagani tampil pada tahun 2018 untuk membincangkan sebuah varian baharu longtail.
 

Codalunga


Hasil pertemuan tersebut membuahkan Huayra Codalunga, dan biarpun ia berstatus edisi terhad, Pagani tidak langsung mengenepikan aspek regulasi dan undang-undang dalam penghasilan kereta bertemakan retro ini.

Ia dikuasakan dengan nadi V12 yang mampu menjana kuasa setinggi 840 hp dan daya kilas 1,100 Nm.

Rekaan belakang tanpa kehadiran sebarang jeriji itu mendedahkan komponen sistem ekzos titanium balutan seramik seberat 9.7 kg yang diakhiri dengan tip ekzos kuad tipikal Pagani.
 

Codalunga


Secara keseluruhan,  berat Huayra Codalunga ini hanyalah sekitar 1,290 kg sahaja, menandakan penggunaan bahan ringan yang meluas.

Untuk luaran, Pagani hanya menawarkan pilihan cat neutral semi-matte atau fully matte, sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan upholsteri kulit/nubuck, serta komponen aluminium bermesin.

Sudah pasti, setiap satu Huayra Codalunga memiliki spesifikasi penyesuaian yang berbeza, di mana menurut Pagani pemilik perlu membayar sekurang-kurangnya €7 juta (RM32.44 juta)!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin yang dibangunkan bersama HWA AG itu memiliki kapasiti 6.0 liter yang disifatkan sebagai '…
Berita Global
Walaupun memiliki rupa separas Huayra, jentera ini dinamakan sebagai Pagani Imola di mana ia…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Prestige Imports, pengedar kereta mewah di Miami, Brett David…