Padah tunggang motosikal berempat, pembonceng patah kaki

oleh Mohamad Hanif|

gambar hiasan

Tiga remaja dan seorang kanak-kanak yang menunggang sebuah motosikal cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Muhibbah, Taman Seri Gombak, di sini, hari ini (10 Jun).

Kemalangan berlaku apabila motosikal yang mereka tunggangi hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Honda Insight dan kemudian terbabas ke tepi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin, berkata dua daripada mangsa mengalami cedera parah, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berlaku kira-kira pada jam 3.30 petang membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki tiga remaja lelaki masing-masing berusia 14, 15 dan 16 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang melanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati semasa motosikal itu ditunggang dari arah Fasa 8 menghala ke Fasa 6 melalui Jalan Muhibbah, dan apabila tiba di tempat kejadian motosikal terbabit hilang kawalan semasa membelok ke kiri dan termasuk ke laluan kereta berkenaan.

 


“Ia menyebabkan motosikal itu terlanggar sebelah kanan pintu pemandu sebelum terbabas ke tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Arsad berkata, remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kaki kanan, manakala remaja berusia 14 tahun pembonceng paling belakang patah kaki kanan.

“Seorang lagi pembonceng berusia 15 tahun dan kanak-kanak berusia 9 tahun yang duduk dalam raga motosikal mengalami cedera ringan.

“Jalan tempat kejadian adalah dua lorong dua hala berselekoh, cuaca baik ketika kemalangan. Tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Sinar Harian itu juga memberitahu pihak polis akan mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap…
Hezeri Samsuri
Melanggar mereka punah, dilanggar mereka musnah. Menurut statistik terbaharu kemalangan jalan raya…
Berita Domestik
Aneh.  Tiada sebarang pengumuman, tiada sebarang khabar berita, namun Suzuki Assemblers Malaysia…