Padah lawan arus 8 km, pemandu mabuk ditahan di Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu di Kepala Batas, pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 56 tahun kerana disyaki memandu melawan arus di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki tersebut ditahan di plaza tol SmartTAG Sungai Dua pada jam 2.30 pagi, apabila cuba memandu melawan arus dari plaza tol Bertam sehingga plaza tol Sungai Dua. 

Mujur tiada sebarang kecelakaan berlaku di dalam insiden tersebut. 

Menurut Assistant Commissioner Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara memberitahu, lelaki tersebut asalnya mahu pulang ke rumah di Bukit Tambun, sebelum menyedari beliau tersalah masuk susur lebuhraya. 

"Sampel darah telah diperoleh, dan lelaki ini dipercayai memandu dbawah pengaruh alkohol. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 dan 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan. 

Sumber: NST