PADAH BUAT AKSI DRIFT DI KAWASAN AWAM, PEMANDU SUPRA DITAHAN POLIS

oleh Firdaus Razani|
Seorang pemandu ditahan Polis selepas melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, di sini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun yang memandu Toyota Supra itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar 12.15 tengah malam semalam.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan video tular berdurasi 37 saat di laman Facebook memaparkan kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda berkenaan yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan pada 1.15 tengah hari tadi dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

“Tahanan reman ke atas suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota FT-1 Concept 2014   Model edisi istimewa Supra A90 Final Edition akan ditawarkan ke…
Berita Global
  Autonomi di sini bermaksud gerakan gelongsoran seperti putaran stereng, tukaran gear dan lain-…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…