Padah beraksi ala 'Superman' dengan Yamaha RXZ di LPT 2

oleh SALINA JALIL|
Padah akibat menunggang motosikal dengan gaya 'Superman', dua lelaki yang masing-masing bekerja sebagai pemandu lori dan buruh ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 Jalan Telemong- Bukit Payong, di Marang kelmarin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, operasi tertumpu di sekitar lokasi tumpuan kumpulan mat rempit di daerah ini dilakukan 17 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Terengganu bermula jam 5 petang dan berakhir jam 7 malam.

 

"Dalam operasi itu, dua lelaki berusia 26 dan 30 tahun yang didapati menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ secara berbahaya. Mereka turut membuat aksi 'Superman' dan 'zig-zag' bermula dari susur lebuh raya berkenaan.

 

"Seterusnya kedua-dua buah motosikal berkenaan disita dan kedua-dua suspek yang beralamat dari Bukit Payung, di sini, dibawa ke Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

 

Mohd Zain berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya dengan menunjukkan aksi.

 

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif daripada sebarang penggunaan barang salah termasuk dadah," katanya.

 

Jelas Zain, lebuh raya LPT 2 sebelum ini sering menjadi lokasi pilihan bagi mat rempit untuk menunjukkan aksi, malah mereka tidak serik melakukan kegiatan itu meskipun kerap kali operasi dilakukan di lokasi.

 

"Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terbabit dengan kegiatan itu dan tetap konsisten menjalankan operasi di lokasi tumpuan termasuk LPT 2 dalam usaha mengekang aktiviti samseng jalanan," katanya.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
  Katanya, dua motosikal termasuk milik rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, disedari hilang…
Berita Domestik
    Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah…