Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J, replika mini 250 Testa Rossa dengan pek lumba!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J
Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J
Dunia automotif begitu luas sehinggakan kereta replika mini pun mempunyai pasaran. Harganya pula bukan murah.

The Little Car Company dengan kerjasama Ferrari memperkenalkan edisi istimewa Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J dan dibuat bagi meraikan sejarah perlumbaan jenama ikonik itu.

Ferrari Testa Rossa J dikuasakan nadi elektrik dengan skala badan 75 peratus daripada model sebenar 250 Testa Rossa yang berjaya membantu Ferrari menang tiga perlumbaan Le Mans.

Bagi memastikan edisi Pacco Gara (pek perlumbaan) itu memenuhi standard tinggi Ferrari, The Little Car Company bekerjasama dengan para jurutera di Maranello.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J

 

Malah, Ferrari sendiri memilih nama Pacco Gara dan dari gambar yang dikongsi, kehalusan buatan The Little Car Company menggagumkan.

Edisi istimewa Pacco Gara membawakan komponen khas untuk Testa Rossa J seperti rangka keselamatan (roll cage) sebagai perlindungan tambahan.

Rangka keselamatan itu jenis bolt-on dan boleh ditanggalkan sekiranya pemilik mahu kembali kepada spesifikasi standard.

Turut ditawarkan tali pinggang keledar perlumbaan Sabelt yang diikat pada casis dan rangka di belakang pemandu (rollhoop).

 

Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J

 

Benar serius apabila tali pinggang keledar Sabelt digunakan pada kereta lumba Formula Satu Ferrari.

Sama seperti 250 Testa Rossa, kereta junior ini dilengkapi cermin sisi sebelah pemandu dan lampu sorot yang kena pada eranya (period-correct).

Turut dibekalkan penutup tempat duduk sisi seperti model sebenar dan menggunakan kulit yang sama digunakan Ferrari.

Bahan itu juga digunakan pada bahagian dalaman dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

 

​ Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J

 

Selain penampilan, pembuat kereta ini serius untuk memastikan pemandu merasai 'feel' kereta sebenar dengan memasang suspensi boleh laras dan brake bias.

Dua komponen itu membolehkan pemandu membuat pelarasan mengikut kesesuaian sendiri dan menariknya menggunakan cakera brek jenis berongga.

Menepati spesifikasi Pacco Gara, nadi elektrik asal Testa Rossa J ditingkatkan dari 16 bhp kepada 19 bhp (14kW) melalui naik taraf perisian.

Apa lagi yang dibuat? Rak stereng diubah untuk nisbah lebih cepat supaya lebih responsif dan ala kereta litar!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Pacco Gara Ferrari Testa Rossa J