"P 7" nombor plet paling mahal di dunia - RM66.15 juta!

oleh Mohamad Hanif|
"P 7" bukanlah nama model terbaharu McLaren, akan tetapi ia merupakan nombor pendaftaran yang paling mahal di dunia pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka tersebut berjaya dilelong pada harga 55 juta dirham UAE (RM66.15 juta) pada acara yang dianjurkan oleh Emirates Auction.

Hasil daripada lelongan tersebut akan disalurkan kepada badan amal bantuan makanan yang diketuai oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid.

Menurut Guinness World Records, nombor pendaftaran yang paling mahal sebelum ini merupakan digit tunggal "1" yang dijual pada harga 52.2 juta dirham (RM62.78 juta) milik Saeed Abdul Ghaffar Khouri pada tahun 2008.

Seorang ahli perniagaan di Dubai, Balvinder Singh Sahni memberitahu Bloomberg, beliau telah membeli nombor pendaftaran "D 5" pada harga 33 juta dirham (RM39.69 juta) pada tahun 2016.  

"Dubai merupakan bandar emas. Ia sebuah bandar yang dipenuhi individu yang besar. Semua orang mahu menunjukkan status masing-masing.

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk memiliki nombor digit tunggal," jelasnya lagi.

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV off-road olskool itu masih lagi menampilkan penggayaan yang retro, namun disulami dengan…
Informasi
  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat…
Berita Global
Lamborghini Veneno yang anda lihat ini merupakan unit roadster nombor dua daripada hanya sembilan…