Oyen buat hal sembunyi di enjin kereta

oleh Hamimah Hamid|
SEEKOR anak kucing berwarna oren yang bersembunyi di bahagian enjin sebuah kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, khidmat bantuan mengeluarkan anak kucing terbabit diterima kira-kira 10.38 pagi.

"Kejadian berlaku di Meru Desa Park pagi semalam.

 

"Pihak bomba menerima panggilan dari seorang pemanggil bernama Norasiah memberitahu terdapat anak kucing di bahagian enjin Perodua Myvi itu," katanya.

 

Menurut jurucakap terbabit, tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat pencarian di bahagian enjin menggunakan lampu suluh.

 

"Akhirnya kucing itu ditemui dan dikeluarkan dari bahagian enjin dengan selamat," katanya.