Ottimo lancar kapcai EEV VIZ110, harga bermula dari RM4.3k.

oleh Mohamad Hanif|
Pendatang baharu Ottimo Technologies Sdn Bhd telah melancarkan motosikal kapcai/moped pertama mereka, Viz110 pada acara bertempat di Jerai Regency Resort sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal dengan enjin berkapasiti 107 cc itu disasarkan penjualannya sebanyak 300 unit sebulan dan dijangka mampu memenuhi permintaan di dalam segmen motosikal mampu milik di Malaysia.

 

 

Enjin silinder tunggal empat lejang sejukan udara itu mampu menjana kuasa 5.0 kW dan daya kilas 6.9 Nm, mematuhi peraturan pelepasan emisi Euro3 serta disahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

 

 

Antara ciri moden yang dilengkapkan pada kapcai ini ialah lampu nyalaan siang jenis LED, slot pengecas USB terbina, serta sistem pencahayaan yang mematuhi peraturan ECE.

 

 

Menurut Chong Kian Boon, Ketua Pegawai Eksekutif Ottimo Technologies Sdn Bhd berkata, "dengan pasukan yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun, kami yakin produk yang ditawarkan ini mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia."

Ottimo juga bakal memperkenalkan lebih banyak produk supaya lebih berdaya saing di dalam industri automotif di Malaysia.

 

 

Ottimo kini mempunyai kilang pemasangan dan pusat alat ganti di Gurun, manakala pusat 3S pertama mereka bakal dibuka di Sungai Petani menjelang Februari 2019.

 

 

Spesifikasi ringkas Ottimo VIZ110

Enjin: silinder tunggal, empat lejang, sejukan udara

Sesaran: 107 cc

Kuasa: 5.0 kW/6.9 Nm @ 6,000 rpm

Karburetor: KAMA PZ20

Transmisi: 4 kelajuan 

Kapasiti tangki: 3.6 liter

Tayar: 70/90 hadapan, 80/90 belakang

Suspensi hadapan: teleskopik

Suspensi belakang: penyerap hentak berkembar

Warna: Syinta Merah, Syantik Blue

Harga: RM4,288 (atas jalan, tanpa insurans)