Orang terkaya Switzerland beli saham Aston Martin

oleh HEZERI SAMSURI|
Ernesto Bertarelli, lelaki terkaya di Switzerland telah membeli 3.4 peratus saham kepentingan Aston Martin minggu lalu.

Walaupun kecil, ia membolehkan Ernesto untuk membuat undian di dalam keputusan lembaga pengarah syarikat kenderaan UK itu.
Modenas

Keluarga Ernesto mempunyai harta bernilai US$18.1 bilion dan kebanyakannya dari hasil perniagaan industri farmaseutikal.

Aston Martin mengalami masalah aliran tunai sejak tahun 2018. Bulan lalu, ia mengumumkan bahawa syarikat itu memerlukan tambahan dana walaupun baharu menerima suntikan modal sebanyak US$670 juta dari sekumpulan pelabur yang diketuai oleh Lawrence Stroll, pemilik pasukan Formula 1 Racing Point.

Ketua pasukan Formula 1 Mercedes-Benz, Toto Wolf juga ada membeli saham Aston Martin. Malah, Daimler sendiri (syarikat utama yang memiliki Mercedes-Benz) ada memiliki sejumlah kecil saham Aston Martin.

Aston Martin terpaksa menutup dua kilangnya di UK bulan lalu kerana wabak COVID-19.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, simulator perlumbaan AMR-C01 dari Aston Martin. Untuk sebuah rig perlumbaan yang…
Berita Global
  Kereta ini dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dengan output 5kW/6.7 bhp yang memacu roda…
Berita Global
Model Vantage dan DBS Superleggera 007 Editions ini boleh didapati dalam unit terhad, dan kedua-…