Orang Singapura beli kereta dari mesin runcit

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Malaysia kita mungkin sudah biasa beli air tin atau kerepek kentang dari mesin runcit di tepi jalan.

Harganya murah dan bila perut lapar sebelum waktu makan tengahari, ia menjadi penyelamat terbaik untuk mengisi perut yang kosong.

SV1

Tetapi di Singapura, mereka tidak puas setakat air tin dan kerepek; mereka sekarang sudah mula membeli kereta mewah melalui mesin runcit.

Kereta-kereta yang dijual bukan sebarangan juga kerana mesin runcit itu menjual jenama seperti Bentley, Ferrari dan Lamborghini.

SV2

Mesin runcit kereta ini ialah hasil benih fikiran penjual kereta terpakai Autobahn Motors yang telah mengubahsuai bangunan 15 tingkat untuk memuatkan 60 ruang kenderaan, kini dikenali sebagai “mesin runcit termewah di dunia”.

Pelanggan yang berhajat mahu membeli akan menggunakan skrin papan sentuh yang memamparkan model kereta yang mereka minat. Hanya dua minit diperlukan untuk mengambil kereta yang dipilih.

SV3

Cara penjualan melalui mesin runcit ini ialah untuk mengatasi masalah kekurangan plot tanah untuk menjual kereta di Singapura, kata pengurus besar Autobahn Motors, Gary Hong.

“Kami terpaksa menjadi kreatif dan inovatif,” jelas Gary.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Berita Global
  "Ini termasuk pelawat yang memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan…
Berita Global
Walaupun kesemuanya bukan model yang serba baharu, tetapi ia menampilkan perubahan-perubahan yang…