Orang-orang kuat Kapit!

oleh HEZERI SAMSURI|
Di kawasan Kapit, Sarawak, perkhidmatan bot ekspres adalah antara alat perhubungan penting untuk penduduk di sana.

Jeti-jeti di sepanjang Sungai Rejang digunakan untuk bot-bot ekspres berlabuh agar kampung-kampung di sepanjang sungai terpanjang Malaysia itu boleh dihubungi.

Dan antara perkhidmatan yang penting di setiap jeti itu ialah porter yang membantu membawa barang-barang penumpang naik dan turun dari bot.

Kebanyakan jeti-jeti tersebut mempunyai struktur pembinaan yang kukuh tetapi ringkas. Porter-porter bertugas terpaksa membawa barangan ke bot menggunakan titi dan juga menuruni anak-anak tangga curam.

Lebih kurang 50 orang porter bertugas di jeti-jeti di kawasan Kapit 

Upah mereka bergantung kepada berat barangan, dari beberapa ringgit sehingga ke puluhan ringgit, namun tidak pernah menjangkau batas RM100.

Gambar-gambar yang diberikan di sini hasil perkongsian Muhd Azran Malek di ASEAN World 24 - Southeast Asia Network, sebuah Page di Facebook, membuktikan kekuatan kudrat porter-porter tempatan mencari rezeki.

Kerja mereka perlu dihargai, kerana mengangkat sebuah motosikal bukannya kerja ringan!

Add new comment

Careta Ad