Orang Malaysia tidak takut langgar lampu isyarat kerana kerajaan tak kisah pun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Fenomena melanggar lampu merah boleh dikatakan semakin parah di Malaysia.

Ia adalah suatu kejadian yang boleh dilihat setiap hari dan ia juga menjadi salah satu punca kemalangan maut.

Tabiat mengejar lampu hijau juga adalah satu lagi sikap yang membahayakan dan telah terbukti mampu menyebabkan kemalangan maut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di bawah ialah antara-antara faktor yang boleh dikatakan menjadi punca kepada perangai baharu rakyat Malaysia.

Kurang pengawasan

  • Kekurangan pengawasan memang menjadi punca utama masyarakat tidak mengendahkan undang-undang.
  • Di Malaysia, hanya satu sahaja cara yang digunakan untuk mengawasi ketertiban pengguna di lampu isyarat - kamera AWAS.
  • Jumlah kamera tersebut pula tidak sampai 50 unit untuk seluruh negara, dan kebanyakannya bukan pada lampu isyarat, tetapi di laluan laju. Malah 22 unit dipasang di lebuhraya PLUS sahaja.
  • Jika dilihat dari segi operasi-operasi yang dilakukan, ekzos yang bising, lampu kabus tambahan dan nombor plet lebih diberikan perhatian dari tindakan melanggar lampu isyarat.

 

 

Hakim-hakim di Malaysia terlalu baik hati

  • Sebulan lepas penulis melihat sendiri bagaimana seorang hakim majistret mengenakan hukuman denda RM2,500 kepada seorang pemilik lori tanah untuk lapan kesalahan yang dilakukannya semenjak tahun 2018. Kesemua kesalahan itu ialah kerana lorinya dipandu tanpa cukai jalan dan insuran.
  • Jumlah denda itu jauh lebih rendah dari jumlah insuran setahun untuk lori tersebut.
  • Jika dikirakan, lebih murah untuk disaman dari membayar insuran.
  • Mematuhi lampu isyarat termaktub di Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan jika gagal, pemandu atau penunggang motosikal boleh dikenakan kompaun tidak kurang dari RM300 dan tidak lebih dari RM2,000.
  • Mungkin jumlah kompaun perlu dinaikan dan alasan kasihan tidak boleh diambil kira.

 

 

 

Tidak ada publisiti berterusan

  • Kes-kes langgar lampu merah dan menyebabkan kematian pengguna jalanraya selalunya akan hanya tular untuk sehari dua.
  • Agensi berkaitan perlu bekerjasama dengan pihak media untuk terus menghangatkan isu itu setiap kali pesalah dikenakan hukuman berat.
  • Ini akan bertindak sebagai "reminder" atau mengingatkan kepada masyarakat bahawa tindakan melanggar lampu isyarat akan dikenakan hukuman yang berat.

 

 

Kempen perlu wujud kembali

  • Bila kempen keselamatan jalanraya disebut, alasan yang penulis dengar selama berpuluh tahun tetap sama - kekurangan bajet.
  • Jika mereka ini membuka mata bila melawat negara-negara seperti Thailand dan Indonesia, mereka akan lihat kempen-kempen keselamatan jalanraya yang dilakukan sendiri oleh pihak polis atau agensi tempatan di kawasan masing-masing
  • Sepanduk kain bertulis tangan di rentang di kawasan-kawasan padat seperti persimpangan yang besar.

Kesemua faktor itu membuktikan bahawa sebagai sebuah negara yang maju, Malaysia jauh lebih lemah dari negara-negara jiran dalam isu kepentingan pengguna.

Mungkin sudah tiba masanya pengundi-pengundi melihat apa yang dilakukan oleh kepimpinan pilihan mereka dalam isu ini kerana mahu atau tidak, jalanraya ini dikongsi bersama oleh semua, termasuk keluarga kita.

* Ilustrasi kartun untuk gambar utama diolah dari hasil lukisan Jeff Parker 2009 dari Forida Today
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…
Berita Domestik
Pelanggaran sekitar jam 8.16 pagi tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang dilanggar kereta…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…