Orang awam patut bantu pemandu treler - Ketua Pengarah Bomba

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengecam orang awam yang lalu di lokasi kemalangan lori treler berhampiran susur keluar Slim River Sabtu lepas kerana tidak membantu pemandu treler yang mati terbakar.

Ketua Pengarah Datuk Mohammad Hamdan Wahib kesal kerana orang awam yang berada di lokasi berkenaan boleh membantu mangsa Mohammad Suhaimi Khamis, 38 ketika mereka lalu lalang di situ.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, Suhaimi masih hidup ketika orang awam sibuk merakam video-video tersebut.

"Semua rakyat perlu menjadi penyelamat bila sesiapa berada di dalam keadaan mencemaskan," ujar Mohammad. 

"Nampaknya ini tidak berlaku dan saya rasa ia adalah satu kejadian yang sangat menyedihkan," ujar beliau kepada media ketika hadir di dalam majlis penyampaian anugerah cemerlang Jabatan Bomba di Ayer Keroh, Melaka semalam.

Menjawab kepada kritik yang orang ramai mungkin enggan membantu kerana takutkan lori tangki itu meletup, Mohammad menjawab, "Kalau mereka berani merakan, mereka sepatutnya berani juga untuk bertindak (menyelamatkan mangsa)."

Dalam kejadian tersebut, lori tangki minyak yang dibawa oleh Suhaimi melanggar belakang sebuah lori yang membawa barangan besi yang berhenti kerana kerosakan brek di KM 372 hala utara lebuhraya PLUS.

Suhami ialah satu-satunya mangsa di dalam kemalangan tersebut.

Isteri kepada Mohammad Suhaimi, Khatijah Abdul Karim, 36 meminta orang awam agar berhenti menyebarkan video suaminya itu. Khatijah yang sedang mengandung itu merayu simpati kepada warga siber agar lebih sensitif kepada perasaan keluarga arwah.

* Sumber dari The Star Online

Berita Berkenaan

Berita Global
EV mendapat pelbagai reaksi dari sudut positif dan negatif, terdapat beberapa perkara yang…
Berita Domestik
Pasukan bomba dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter…
Berita Global
Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan…