Ora Good Cat rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga bermula RM139,800

oleh Penyumbang Rencana|
Pada 28 November, bertempat di EX8 Subang Jaya, Great Wall Motor (GWM) secara rasminya telah melancarkan sebuah model EV mereka, iaitu Ora Good Cat yang boleh didapati di pasaran bermula harini.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Semasa majlis pelancaran tersebut, Presiden GWM, Encik Elliot Zhang telah mengumumkan harga jualan bagi model tersebut.

Ora Good Cat didatangkan dengan 2 varian, iaitu model 400 Pro dengan harga RM 139,800 dan model 500  Ultra dengan harga RM 169,800.

 

Ora Good Cat

 

Untuk model Pro, ianya menghasilkan jarak gerak sehingga 400km, manakala model Ultra menghasilkan jarak gerak sehingga 500km.

GWM menawarkan pakej jualan '4 - in 1 Purr-fect' yang menarik untuk para pembeli, ianya merangkumi pengecas mudah alih dan pengecas rumah, waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km, waranti bateri 8 tahun atau 180,000km dan 5 kali kos penyelenggaraan percuma.

 

Ora Good Cat rear


Ora Good Cat menyokong pengecasan AC dengan tempoh masa sehingga 10 jam untuk penuh, manakala pengecasan pantas DC hanya memerlukan 40 minit sahaja bagi mencapai 30-80 peratus bateri.

En Elliot Zhang berkata dalam majlis pelancaran tersebut, "Minat dan keterujaan tentang kenderaan elektrik (EV) yang sering dizahirkan rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk memenuhi keperluan mereka."

"Strategi dan pendekatan tempatan kami disusun untuk membantu rakyat Malaysia seramai yang mungkin untuk beralih daripada kenderaan berasaskan bahan api kepada kenderaan jimat tenaga. Jadi, kami cipta model kenderaan ini untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami untuk kegunaan seharian.”

 

Ora Good Cat Interior

 

Untuk pembeli yang berminat dengan Ora Good Cat ini, mereka boleh layari laman web GWM atau terus hubungi pusat panggilan GWM ditalian 1800-18-2882.

 

 

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Pandu uji bersama Haval H6 HEV kali ini membawakan perjalanan sejauh 400 km sehala atau 800 km dua…
Model Terbaharu
Cannon baharu itu juga menggunakan transisi 9-kelajuan automatik yang dihasilkan sendiri oleh GWM…
Berita Domestik
Varian Performance menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi yang luar…