Ora Good Cat - EV harga RM100k bakal dilancar tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Great Wall Motors (GWM) dijangka akan melancarkan EV comelnya, Ora Good Cat dalam suku ketiga tahun ini.

Menurut laman web Carlist.my, selain dari Ora Good Cat, GWM juga akan melancarkan trak pikapnya, Poer (disebut seperti "power") untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari mempunyai nama yang unik, Ora Good Cat atau Ora Si Kucing Yang Baik ini sebenarnya mempunyai pelbagai spesifikasi yang menarik untuk sebuah EV mampu milik.

Antaranya ialah:

  • Penggunaan platform moden dengan pacuan roda depan
  • Rekabentuk trendi yang mampu menarik minat pengguna-pengguna kategori gaya hidup
  • Bateri lithium-ion dengan kapasiti 47.8kWh atau 63.1kWh
  • Motor elektrik yang menghasilkan 143PS dan 210Nm
  • Jarak gerak 400km (bateri 47.8kWH) atau 500km (bateri 63.1kWh)
  • Durasi mengecaj:
    • Bateri 47.8kWh
    • 0-80 peratus dalam 45 minit dengan pengecaj DC Fast Charging 60kW
    • 100 peratus dalam lapan jam dengan pengecaj AC 6.6kW
    • Bateri 63.1kWh
    • 0-80 peratus dalam sejam dengan pengecaj DC Fast Charging 60kw
    • 100 peratus dalam 10 jam dengan pengecaj AC 6.6kW
  • Halaju maksimum 152 kmsj
  • Kelengkapan keselamatan seperti ADAS dan sistem parkir pintar

 

 

Paling menarik ialah harganya yang bakal membuatkan ramai terkejut. Di Thailand, harganya bermla dari serendah RM103,613.

Harga Malaysia dijangka mampu turun di bawah paras RM100,000 dengan inisiatif bebas cukai dari kerajaan yang khusus untuk menjana penjualan kenderaan EV.

Tidak dipastikan samada pengimport dan pengedar rasmi untuk GWM masih kekal sama atau sudah bertukar kerana syarikat sediada tidak begitu aktif untuk berkomunikasi. 

Bagaimana cara kehidupan kita dengan sebuah EV? Ikuti pengembaraan Careta di saluran TikTok Careta yang berkisar tentang kehidupan keluarga penulis yang telah hidup bersama sebuah EV hampir empat tahun di Malaysia!


* Sumber info dari carlist.my

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…