
Berada di Eropah bermaksud bukan boleh dijual begitu sahaja, peraturan keselamatan di sana mempunyai standard yang tinggi selain hak kepenggunaan.
Terbaru Euro NCAP mengumumkan keputusan ujian pelanggaran dan Ora Funky Cat memperolehi skor lima bintang!
Unit yang diuji adalah varian Funky Cat 400 pro+ LHD (pemanduan kiri) dan rating turut terpakai kepada varian lain seperti 300, 300 Pro, 400 Pro, 400 GT (pemanduan kanan dan kiri).

Berikut adalah keputusan ujian mengikut kategori:
- Penumpang dewasa: 92%
- Penumpang kanak-kanak: 83%
- Pengguna rentan (pejalan kaki, penunggang basikal): 74%
- Bantuan keselamatan: 93%
Berikut pula kelengkapan keselamatan pada Funky Cat 400 pro+:
- Beg udara depan, sisi kepala (depan dan belakang), sisi dada (depan), sisi pinggul (depan) dan tengah (depan)
- Tali pinggang keledar dengan prategang dan penghad beban (depan dan belakang)
- Peringatan tali pinggang keledar (depan dan belakang)
- Isofix/i-Si (belakang)
- Suis nyahaktif beg udara (penumpang depan)

- Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB) pengguna rentan (Brek automatik dan Amaran Pelanggaran Berdepan)
- AEB pejalan kaki - mengundur
- AEB kereta dengan kereta
- Bantuan kelajuan (Bantuan Trafik)
- Sistem Bantuan Lorong (Bantuan Lorong + Pengekalan Lorong Kecemasan/ELK)
- Sistem Pengawasan Pemandu
Tentang Ora Good Cat pasaran tempatan atau Thailand, keputusan ujian pelanggaran belum lagi ditemui di laman web ASEAN NCAP.

Good Cat pasaran tempatan ditawarkan dalam empat varian iaitu Tech, Pro, Ultra dan Ultra G dan kesemuanya dilengkapi motor elektrik 105 kW (141 hp) dan daya kilas 210 Nm.
Good Cat Tech dan Pro mempunyai jarak gerak sehingga 400 km (NEDC) manakala Good Cat Ultra lebih jauh sehingga 500 km.
Harga jualan rasmi belum didedahkan dan khabarnya bermula dari RM14X,XXX hingga RM16X,XXX.
Penulis: Muhammad Md Tajudin