Ops Tahun Baharu Cina 2022 - Tebal bunga tayar bas 1.6 milimeter baru boleh bergerak

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan pemeriksaan ketebalan bunga tayar bas mengikut spesifikasi dibenarkan sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 dari 25 Januari hingga 8 Februari depan.


Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, langkah tersebut adalah sebagai pemeriksaan atau penguatkuasaan tambahan dilakukan pihaknya sepanjang operasi tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, penguatkuasaan tambahan berkenaan adalah penting bagi mencegah peningkatan kadar kemalangan dan kematian akibat kecelakaan jalan raya.

 

“Pemeriksaan ketebalan bunga tayar itu adalah pemeriksaan tambahan selain pemeriksaan bas di depoh serta terminal, rondaan, operasi khas motosikal, penyamaran penumpang, rakaman kealahan secara elektronik (EAC), aduan awam melalui sekretariat aduan serta ceramah keselamatan jalan raya.

 

“Ketebalan ukuran bunga tayar bas 1.6 milimeter ke atas dibenarkan untuk bergerak. Kita akan melakukan ukuran tayar di terminal atau depoh sebelum kenderaan itu dibenarkan beroperasi.

 

“Kita juga akan memeriksa semua lapan tayar pengangkutan awam tersebut bagi memastikan ia berada dalam kondisi selamat. Setiap satu tayar diambil dua ukuran di sebelah kiri dan kanan di tempat yang paling nipis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi sekatan jalan raya di Jalan Syed Alwi semalam.

 

Tambah Fatimah, slip kelulusan pemeriksaan tersebut akan diberi dan ditampal pada bahagian cermin depan bas bagi menunjukkan kenderaan tersebut telah mematuhi spesifikasi ditetapkan.

 

Sementara itu, katanya, JPJ memberi fokus dan tumpuan terhadap sembilan kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, membawa lebih muatan serta muatan berbahaya dan beberapa lagi.

 

“Ops TBC 2022 melibatkan semua bahagian JPJ negeri dan cawangan serta anggota Stesen Kawalan Sempadan selain penyamaran penumpang bas serta penyamaran di persimpangan lampu isyarat serta lain-lain tempat.

 

“Selain itu, kita juga mengeluarkan larangan pemanduan kenderaan barangan pada 30 hingga 31 Januari (sebelum perayaan) dan 3 hingga 4 Februari (selepas perayaan),” jelasnya.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…