“Kita telah memeriksa sebanyak 580 buah kenderaan dan jumlah notis yang telah dikeluarkan sebanyak 252 dimana tiada lesen memandu sebanyak 76 kompaun, cukai jalan tamat tempoh (51), tiada insurans 8 kompaun dikeluarkan.
“Operasi turut berjaya menyita 8 buah motosikal dan 4 kenderaan ekoran cukai jalan tamat tempoh melebihi had yang ditetapkan.
“Sebahagian besar alasan yang dikemukakan adalah faktor kesibukan bekerja dan terlupa cukai jalan tamat tempoh,” katanya ketika sidang media Ops Pengarah di Tol Kota Kemuning.
Tegasnya, operasi berkenaan tertumpu kepada Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi semua kenderaan termasuk kenderaan perdagangan, bas persiaran dan ekspress, kenderaan awam serta penunggang motosikal.
Operasi bersepadu itu juga merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), serta Syarikat Konsesi Lebuhraya.
“Dibawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh, mana-mana pemandu atau penunggang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.
“Bagi kesalahan Tiada Insuran, Seksyen 90(2) akta sama yang memperuntukan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau keduanya sekali dan boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu, jika sabit kesalahan,” ujarnya lagi.