Ops Motosikal: JPJ Pulau Pinang keluar 93 saman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Pulau Pinang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 93 notis saman atas pelbagai kesalahan, pada Ops Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Perai di Butterworth malam Khamis.


JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, dalam operasi bermula dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam itu, sejumlah 537 buah motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 67 penunggang motosikal dikenakan tindakan saman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Sebanyak 97 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsurans, pamer nombor pendaftaran ‘fancy’ dan extrem, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

 

Kenyataan itu memaklumkan JPJ akan melaksanakan operasi motosikal dari semasa ke semasa bagi membenteras kegiatan samseng jalanan, lumba haram dan mat rempit.

 

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan JPJ telah menahan dua pemandu kereta dalam operasi khas ulat bagi menggempur ulat teksi, yang menjalankan kegiatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini pada Khamis.

 

Menurut kenyataan itu dua pemandu lelaki berusia 30-an dan 40-an, ditahan menerusi penguatkuasaan khas dan risikan selama empat jam bermula jam 11 pagi.

 

"Berdasarkan pemeriksaan mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di lapangan terbang berkenaan kepada pelanggan di situ. Dalam operasi semalam pelancong warga asing yang merupakan pelanggan, dikenakan kadar bayaran mengikut destinasi dituju.

 

"Dua pemandu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, iaitu tiada lesen pengendali dan kesalahan di bawah Seksyen 22 APAD 2010 iaitu melanggar syarat permit,” menurut kenyataan itu.

 

 

-Bernama