Ops Haiwan Rayau - Jangan biar lembu, kerbau, kambing berkeliaran di jalan utama

oleh SALINA JALIL|
Gambar dari MDGM
Pemilik haiwan ternakan terutamanya lembu dan kerbau di daerah ini diminta mengawal ternakan mereka supaya tidak berkeliaran di sepanjang jalan raya utama ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penolong Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Wan Mohd. Afiq Wan Alias berkata, pemilik diingatkan agar tidak bersikap lepas tangan dengan membiarkan haiwan mereka bergerak bebas sehingga mengundang risiko kemalangan pengguna jalan.

 

Katanya, MDGM mengambil berat mengenai masalah haiwan ternakan berkeliaran di kawasan awam seperti di kampung, bandar dan jalan raya.

 

“Sehubungan itu, Jabatan Penguatkuasaan MDGM dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah melancarkan Ops Haiwan Rayau pada Ahad lalu bagi memburu haiwan ternakan yang dilepaskan berkeliaran di kawasan sekitar Gua Musang terutamanya sepanjang jalan utama laluan Gua Musang – Kuala Krai.

 

“Pihak MDGM berjaya membuat tangkapan seekor lembu betina di kawasan Kampung Renok di sini. Operasi dilakukan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan melibatkan kenderaan dan haiwan rayau,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

 

 

KOSMO! ONLINE