“Pasukan pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor JAS Kedah telah hadir menjalankan ujian bunyi bising.
“Operasi ini memfokuskan kepada penguatkuasaan paras bunyi bising maksimum yang dibenarkan bagi kenderaan motorsikal yang diperiksa di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
“Kesemua motosikal telah diuji dengan menggunakan meter bunyi bising (Sound Level Meter) dan kesemuanya gagal mematuhi Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, bagi tindakan penguatkuasaan, 11 kompaun bernilai RM300 dan 11 Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sehubungan itu, kenderaan-kenderaan yang gagal ujian ini dikehendaki menjalankan kerja-kerja pembaikan dan melakukan pemasangan ekzos asal.
Selain itu, semua motosikal terbabit juga perlu hadir ujian semula di JAS.
“Operasi seperti ini diharap dapat mengurangkan masalah berkaitan bunyi bising dari motorsikal yang mengganggu ketenteraman awam,” tambahnya lagi.