OPPO Find X Automobili Lamborghini Special Edition - Telefon pintar dari jenama kereta eksotik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam kemajuan ekonomi dan fizikal yang dicapai dunia sekarang ini, syarikat dari China perlu dipandang secara serius. Mereka dengan giat mahu menguasai perdagangan dunia menyaingi kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Namun misi itu tidak mudah memandangkan kepercayaan dan jenama perlu dibina dahulu.

Syarikat Jepun menghabiskan berpuluh tahun untuk membina kepakaran dan kepercayaan.

Bagaimanakah untuk bersaing dengan kuasa besar dan dikenali ramai?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
OPPO Find X Automobili Lamborghini Special Edition

 

Salah satu kaedah yang dipraktiskan oleh syarikat China ialah menguasai syarikat ternama seperti dalam bidang automotif atau bekerjasama dengan mereka yang mempunyai pengaruh besar.

Kerjasama seperti ini lebih kepada menang-menang apabila kedua-dua pihak saling menerima manfaat.

Guangdong OPPO Mobile Telecommunications Corp., Ltd. dan Automobili Lamborghini mengumumkan kerjasama global bagi menghasilkan telefon pintar OPPO Find X Automobili Lamborghini Special Edition. 

Kerjasama seperti ini bukan suatu yang baharu dalam dunia telefon pintar memandangkan sebelum ini ia pernah dilakukan oleh Blackberry dengan Porsche dan Huawei juga dengan Porsche. 

 

OPPO Find X Automobili Lamborghini Special Edition

 

Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan idea kolaborasi di antara OPPO dan Lamborghini tetapi ia suatu yang menarik.

Telefon pintar OPPO Find X Automobili Lamborghini Edition mempunyai beberapa keistimewaan seperti logo Automobili Lamborghini yang diukur pada badan telefon. 

Logo tersebut tampil menarik dengan efek 3D tidak kira dari sudut mana ia dilihat.

Satu lagi yang istimewa, memandangkan Lamborghini dikaitkan dengan kepantasan, telefon pintar ini mempunyai teknologi SuperVOOC flash charge yang pertama kali digunakan pada sebuah telefon pintar.

Teknologi ini membolehkan capaian pengecasan sehingga 50W di mana telefon boleh dicas penuh dalam masa 35 minit sahaja.

 

OPPO Find X Automobili Lamborghini Special Edition

 

Selain itu, pembungkusan dan aksesori untuk telefon istimewa ini juga direka mengikut tema warna oren dan hitam sama seperti model-model hebat keluaran Lamborghini.

Berapakah pula harga telefon pintar ini?

Tiada harga rasmi dinyatakan. Sebagai rujukan, Porsche Design Huawei Mate 10 dijual pada harga sekitar RM6,600.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut beberapa laporan dari China, Chen selaku pengasas bersama merangkap ketua eksekutif Oppo…