Operasi tren Rapid KL hingga 11 malam bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mulai 6 pagi hingga 11 malam bermula esok berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 18 Feb ini.


Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, kekerapan di luar waktu puncak perkhidmatan rel Rapid KL juga akan diubah kepada setiap 15 minit manakala kekerapan pada waktu puncak kekal seperti biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Perubahan ini meliputi jajaran tren bagi LRT (Transit Aliran Ringan) Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT (Transit Aliran Massa) Laluan Kajang dan Laluan Monorel KL.

 

"Semua pengguna perkhidmatan rel Rapid KL dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka," menurut kenyataan itu.

 

Prasarana turut menggalakkan pengguna supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan khususnya memakai pelitup muka sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.

 

"Langkah-langkah ini adalah penting bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di samping memudahkan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan semula sekiranya terdapat kes positif Covid-19," tambahnya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…