Operasi tren JB Sentral-Kempas dihenti sementara bermula 23 November

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas Baru dihentikan sementara ekoran pelaksanaan kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru Sentral yang dijalankan di dua stesen itu.

 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu, kerja naik taraf itu bermula 23 November ini sebelum dijangka siap dalam tempoh enam bulan iaitu pada Mei 2022.

 

Susulan itu, operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan JBS-Gemas-JBS dan Ekspres Rakyat Timuran bagi laluan JBS-Tumpat-JBS mengalami perubahan.

 

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, mulai Selasa ini, penumpang yang menggunakan perkhidmatan Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru kerana perkhidmatan trentamat dan mula di situ. 

 

“Penumpang yang telah membeli tiket di JBS yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan, pemulangan tambang penuh dikreditkan ke dalam KTM Wallet melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS).

 

“KTMB juga akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing bagi memastikan ketersediaan pengangkutan alternatif di stesen yang terlibat,” katanya dalam kenyataan. 

 

 

UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…
Berita Domestik
Anda tidak perlu risau kerana walaupun ia menggunakan magnet, unit itu akan terkunci dengan…
Berita Global
Rupa luaran X-Bow GT-XR ini banyak membawakan persamaan dengan jentera lumba GTX dan GT2 yang…