Operasi Samseng Jalanan - lapan mat rempit ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seramai lapan lelaki yang sedang merempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, di Baling Ahad lalu.


Ketua Polis daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kesemua penunggang motosikal yang berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam operasi tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, mereka ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya serta dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

 

“Kesemua lapan individu itu juga dikompaun di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021 kerana keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

 

Selain itu, beliau memberitahu, seramai tujuh lagi penunggang motosikal turut ditahan dalam operasi itu kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

 

“Sebanyak 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap ke semua individu tersebut dan sebuah motosikal telah disita atas kesalahan trafik,” katanya.

 

Tambahnya, ibu bapa serta penjaga mereka yang ditahan juga diberi nasihat agar mengawal aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan samseng jalanan dan sentiasa memastikan anak-anak kekal di rumah pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi bagi membenteraa samseng jalanan yang mengganggu pengguna jalanraya lain dan tindakan tegas akan diambil ke atas kesalahan mereka yang terlibat,” ujarnya.

 

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…